Staff Teknologi Maklumat MPKj

Suziana (Boss/Kak Suzie)
Pegawai Teknologi Maklumat F41

Maliani (Kak Yanie)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Noraida (Kak Aida)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Norzilawati (Ila)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Zikri (Zik)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Fahmi (Mie)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Azrey
Juruteknik FT17

Zainoor Hafizi (Kechik)
Pembantu Tadbir N17

Alyana (Yana)
Pembantu Tadbir Rendah N11

Parameswari (Iss)
OMPD F11

Office Kami (Teknologi Maklumat)

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin



Assalamualaikum.... Hye..
Kami di ITMPKj nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua umat islam yang ada kat dunia ni, terutama pada yang mengenali kami di bahagian ini.

Dan pada yang balik kampung jauh² tu terimalah nasihat yang x seberapa dari kami supaya anda berhati-hati dijalan raya ok? Biar lambat, janji selamat sampai ke destinasi yang anda tuju, dan dapat beraya bersama² keluarga yang tercinta.Ingatlah orang yang tersayang sentiasa menanti kepulangan anda dengan penuh harapan agar anda selamat sampai, jangan biarkan kesedihan menyelubungi di pagi raya nanti.

ok, Salam.

Thursday, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni nak cakap pasal bukak puasa pulak.. Pada 7/09/09 yang lepas, Kami telah mengadakan majlis berbuka buasa bersama-sama kami, kira staff IT je..
Pada majlis kali ni, hanya Yana dan Kak Yanie shj tak datang kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan..

Majlis berbuka puasa ni, setiap tahun kami adakan dibulan Ramadhan ni, untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami sesama rakan sekerja dari yang atas hingga bawah tambah2 dibulan yang mulia ini. Kami berbuka di FLAMINGO STEAMBOAT bersebelahan dengan Sunway Lagoon/Sunway Piramid.. Ok,kita jumpe di post yang lain plak k.. Sekian.. SALAM..

Wednesday, September 2, 2009

Sejarah Hulu Langat

Serba sedikit video sejarah Hulu Langat.

Monday, August 24, 2009

Hari Keluarga IT


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Hye...
17-19 july yang lalu, Hari Keluarga IT telah diadakan di Melaka, bertempat di A Famosa Resort. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan, seperti pergi ke Water World, lihat persembahan burung, koboi, dan macam2 lagi yang menarik di A Famosa tu, tp yang paling best bagi kami semua persembahan Wild Wild West. Di harap Hari Keluarga IT ini juga kami dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim satu sama lain di antara kami semua, doa² kan ye..
Di bawah ini ada beberapa keping gambar Hari Keluarga IT.
ok Salam..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..




Asslamulaikum...

Kepada semua umat islam di dunia ni, kami di bahagia ITMPKj ingin mengucapkan, Selamat Berpuasa kepada anda semua, di bulan yang mulia ini, diharap segalam amalan kita di berkatiNya...Amin..

Wednesday, June 24, 2009

Bandung Indonesia



Pada 17-19 april 2009, satu lawatan ke Bandung Indonesia telah diadakan oleh Kelab BAUHINIA MPKj, seramai 40 orang telah mengikuti lawatan tersebut, 2 daripadanya adalah staff IT iaitu Suziana (Boss Kami) dan Norzilawati (Ila).

Lawatan tersebut diadakan untuk memeriahkan lagi kelab BAUHINIA MPKj yang baru sahaja ditubuhkan di MPKj, Kelab BAUHINIA adalah khas untuk Wanita sahaja, dan mane² Staff MPKj yang bergelar Wanita secara automatik dijadikan ahli.

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar staff IT yang mengikuti program tersebut, khas untuk tatapan anda semua. Tq.

Monday, June 15, 2009

Gunung Kinabalu


Pada 12 may yang lalu, Kechik dan Fahmi telah pergi ke Kota Kinabalu. Dengan azam masing2 untuk mendaki ke puncak Gunung Kinabalu, dan dengan azam tersebut mereka sampai di puncak Gunung Kinabalu. Yang paling best Kechik dan Fahmi adalah yang paling awal sampai di puncak dari kawan2 yang lain yang sama bekerja di MPKj. Staff IT power! Kat sini ada beberapa keping gambar kami berada di puncak Gunung Kinabalu.


Sunday, April 5, 2009

Staff IT Sertai Pertandingan badminton Tertutup MPKj





Assalamualaikum.
Pada 4 april lalu, MPKj telah mengadakan satu pertandingan badminton tetutup yang telah disertai oleh 3 orang wakil staff IT, iaitu Zik Torres, Fahmi CR7 dan Kechik SG8. Dari tiga orang wakil IT hanya Zik Torres sahaja yang layak ke separuh akhir, manakala Kechik SG8 dan Fahmi CR7 tewas di dalam kumpulan. Tahniah diucapkan kepada Zik Torres yang layak ke separuh akhir, dan terus dinobatkan pemenang tempat ke tiga.

Sunday, March 29, 2009

Kursus Pengurusan Keselamatan Maklumat Siri 2/2009

Pada 24-26 Mac 2009, 2 staff IT iaitu Pn Maliani dan En Zikri,telah mengikuti satu kursus yang diadakan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia di Putrajaya, Kuala Lumpur. Kursus itu telah menambahkan lagi ilmu yang sedia ada tentang keselamatan maklumat dan akan menjadikan ICT MPKj kearah pematuhan ICT dan Dasar-Dasar Keselamatan yang sebaiknya.

Sekian.


Klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas.


2 Orang Staff IT Berkayuh Di Medan.

Pada 27-30 November 2008, 2 orang staff IT Fahmi dan Hafizi serta staff di bahagian lain,yang diketuai oleh YDP kami sendiri Dato Hasan Nawawi telah berjaya membuat kayuhan 400km selama 4 hari. Kami bermula di Medan dan tamat di puncak Brastagi. Pada keesokan hari, bermula dari Brastagi, dan tamat di Parapat..
Dan sterusnya dari Parapat ke Tebing Tinggi, dan hari terakhir dari Tebing Tinggi kembali semula ke Medan Indonesia. Ini adalah salah satu aktiviti yang di wakili oleh satff IT..

P/S: Lambat update, pasal idea nak buat blog ni, baru2 ni je muncul.. he3..

Beberapa gambar kami berkayuh di sana.

Thursday, March 19, 2009

Jamuan Staff IT

Pada 13 Mac 09, Jam 12.00 tengahari,bertempat di Kenny Rogers Metro Point Kajang, Staff IT MPKJ telah di belanja makan oleh 3 org Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang baru sahaja di lantik ke jawatan TETAP, setelah hampir empat tahun berhempas pulas sebagai kakitangan kontrak, akhirnya mereka berjaya di iktiraf sebagai kakitangan Tetap di MPKj Bahagian Teknologi Maklumat, MPKJ. Ini adalah diatas kesyukuran mereka ke atas azam, iltikad dan ijtihad untuk mendapatkan jawatan Tetap tersebut. Mereka telah dilantik ke Jawatan Tetap pada 2 Februari 2009 baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.