Staff Teknologi Maklumat MPKj

Suziana (Boss/Kak Suzie)
Pegawai Teknologi Maklumat F41

Maliani (Kak Yanie)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Noraida (Kak Aida)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Norzilawati (Ila)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Zikri (Zik)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Fahmi (Mie)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Azrey
Juruteknik FT17

Zainoor Hafizi (Kechik)
Pembantu Tadbir N17

Alyana (Yana)
Pembantu Tadbir Rendah N11

Parameswari (Iss)
OMPD F11

Office Kami (Teknologi Maklumat)

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin



Assalamualaikum.... Hye..
Kami di ITMPKj nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua umat islam yang ada kat dunia ni, terutama pada yang mengenali kami di bahagian ini.

Dan pada yang balik kampung jauh² tu terimalah nasihat yang x seberapa dari kami supaya anda berhati-hati dijalan raya ok? Biar lambat, janji selamat sampai ke destinasi yang anda tuju, dan dapat beraya bersama² keluarga yang tercinta.Ingatlah orang yang tersayang sentiasa menanti kepulangan anda dengan penuh harapan agar anda selamat sampai, jangan biarkan kesedihan menyelubungi di pagi raya nanti.

ok, Salam.

Thursday, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni nak cakap pasal bukak puasa pulak.. Pada 7/09/09 yang lepas, Kami telah mengadakan majlis berbuka buasa bersama-sama kami, kira staff IT je..
Pada majlis kali ni, hanya Yana dan Kak Yanie shj tak datang kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan..

Majlis berbuka puasa ni, setiap tahun kami adakan dibulan Ramadhan ni, untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami sesama rakan sekerja dari yang atas hingga bawah tambah2 dibulan yang mulia ini. Kami berbuka di FLAMINGO STEAMBOAT bersebelahan dengan Sunway Lagoon/Sunway Piramid.. Ok,kita jumpe di post yang lain plak k.. Sekian.. SALAM..

Wednesday, September 2, 2009

Sejarah Hulu Langat

Serba sedikit video sejarah Hulu Langat.

Monday, August 24, 2009

Hari Keluarga IT


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Hye...
17-19 july yang lalu, Hari Keluarga IT telah diadakan di Melaka, bertempat di A Famosa Resort. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan, seperti pergi ke Water World, lihat persembahan burung, koboi, dan macam2 lagi yang menarik di A Famosa tu, tp yang paling best bagi kami semua persembahan Wild Wild West. Di harap Hari Keluarga IT ini juga kami dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim satu sama lain di antara kami semua, doa² kan ye..
Di bawah ini ada beberapa keping gambar Hari Keluarga IT.
ok Salam..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..




Asslamulaikum...

Kepada semua umat islam di dunia ni, kami di bahagia ITMPKj ingin mengucapkan, Selamat Berpuasa kepada anda semua, di bulan yang mulia ini, diharap segalam amalan kita di berkatiNya...Amin..